Saturday 18 October 2014

Episod 2

Hikayat Baru Niaga
SASARAN
Pada kebiasaan, sasaran yang menjadi perhatian mereka ialah kepada mereka yang baru pencen dan mendapat EPF atau mereka yang baru diberhentikan kerja dan mendapat ganti rugi @ hadiah yang lumayan daripada bekas majikan mereka.

Dalam keadaan mereka yang mempunyai simpanan yang lumayan, terlupa diri siapa anda sebenarnya yang tidak tahu langsung tentang perniagaan tersebut, cuma mendapat gambaran dari player networker/speaker yang menyatakan akan mendapat ganjaran yang lumayan berlipat kali ganda jika melabur dalam perniagaan itu dalam modal bersekala besar.

Mereka yang tiada simpanan yang banyak pula, cara mereka menolong anda dengan membuat pinjaman dengan agensi bank yang boleh mengeluarkan pinjaman dan sekali gus mendapat modal yang besar untuk memulakan perniagaan tersebut.

Oleh itu kami "NGO atas pagar" mencadangkan agar cari ilmu dahulu baru boleh terlibat dalam sebarang jenis perniagaan yang ingin anda ceburi.

Perkara penting untuk mengenal pasti perniagaan itu ORIGINAL.
1. Syarikat yang telah didaftarkan.
2. Syarikat yang ada profile.
3. Syarikat yang ada SOP & KPI.
4. Syarikat yang ada logo HALAL.
5. Syarikat yang ada logo KKM
6. Syarikat yang ada logo IMP
7. Syarikat yang ada logo GMP.
8. Syarikat yang ada logo PPIM

Jika melibat Syarikat antara bangsa maka perhatikan tambahan berikut;
9. ISO 9001-2000
10. ISO 22000-2005.
11. FDA.


Apa yang perlu ada pada diri anda sebelum terlibat dalam perniagaan .... next episod.


[Previous Episod 1][Next Episod 3]